I made this widget at MyFlashFetish.com.

islamic quotes for today

La Tansa Zikr



bangkitlah wahai saudaraku!!!  

Posted by: wardatul-mawaddah in


Zaman satu bangsa yang hina
 
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
 
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
 
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
 
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
 
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
 
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
 
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan

(Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah
membongkar taktik kotor musuh ISLAM)

بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 utk entry kali ini, saja ana dahulukan dengan petikan syair yg dipetik dari kitab Al - Muntalaq..Sepanjang dua hari berkampung utk sesi bedah buku ini, alhamdulillah wa syukrulillah , kami dapat menggarap sedikit ilmu utk dijadikan bekal di sepanjang jalan 2 yg penuh liku ini..banyak kata2 mutiara yg telah disuntik pada kami semua utk mengihya'kan lagi fiqh dakwah ..


InsyaAllah utk perkongsian selanjutnya akn dikongsi dalam beberapa ketika lagi dek kerana ada perkara lain yg perlu didahulukan..

renunglah bait2 syair ini wahai saudara2 ku..begitu mendalam maknanya..renunglah ke dalam diri..adakah diri kita telah menjadi kijang yg pengecut itu wahai saudaraku?..bermacam2 propaganda telah dirancang dan dilaksanakan utk merosakkan kita..kita sudah lama telah DISERANG tapi kita  masih belum bngun dari lena yg pnjang, sudah makin selesa dengan kemewahan hidup ini..rasa Izzah kita utk Islam sudah makin kurang..malah tanpa segan silu kita melakukan perkara2 jahiliyyah ini..

seseorang itu tidak akn bergelar daei jika dirinya belum memiliki mad'u.wahai para duat, kewajipan antunna sangat bnyk melebihi dari masa yang ada...kalaulah kita bertangguh 1 jam, 1 jam umat kita makin parah penyakitnya..begitu juga , walaupun hanya kita bertangguh seminit, maka dalam seminit itu , umat kita makin parah penyakitnya..mahukah antunna melihat barah yg merebak di kalangan umat Islam hari ini trus menular dan kian menular??

jadi apakah treatment utk penyakit yg telah didiagnose ini??



Wahai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!
QS. an-Nisa’ (4) : 71
   Sedarkanlah " kijang yg pengecut" itu bahawa mereka adalah " SINGA SINGA ISLAM" yg merupakan aset berharga utk terus mempelopori , dan mengembalikan kegemilangan Islam ..InsyaAllah..Akhir kalam utk semua yg sedang bercuti  , gunakan masa cuti antunna dengan sebaiknya..masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya

                                         
                                       Sudahkah anda melaksanakan tugas anda??
                                       ~~tinta mujahidah mengejar cinta Ilahi~~

Kerana syahadah , aku seorang daei...  

Posted by: wardatul-mawaddah

 Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 Daurah kerana syahadah aku daei kali ini benar2 menyuntik semangat baru pada ana dan sahabat2 seperjuangan...inginlah ana kongsikan sedikit sebanyak penyampaian yg ana dapat sepanjang tempoh itu..


Bagi sahabat2 yg ingin memiliki buku itu secara ebook, bolehlah dload di sini
http://www.4shared.com/file/76807544/2ca1c774/Syahadatul_Haq_-_Abul_Ala_Al-Maududi.html

 (IJLIS BINA NU'MIN SA3AH)
tAJUK PENYAMPAIAN: SYAHADATUL HAQ
Anda pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'? Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi ana yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan? Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."


Syahadah : penyaksian
Al Haq : kebenaran

Jadi, 'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'? Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?

Saya naik saksi vs Saya mengaku

Erk, ada bezakah keduanya? Macam sama saja..
Untuk lebih memahami perbezaannya,ana bawa anda kepada satu analogi.

Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.

Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,
"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"

Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.

Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini,
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta."


Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.

Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.

Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.


Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".

A little bit complicated, right?
Ini baru pengertian dari sudut bahasa sahaja :)

Kita masuk kepada bahagian yg akan memeningkan kepala lagi.
 
Ana ingin bangkitkan satu persoalan.

Sudah terlaksanakah Syahadah Al-Haq kita?

Dan bagaimana yang dikatakan dengan pelaksanaan Syahadah Al-Haq itu sendiri?

Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar tentang kalimah syahadatul haq ini?

Syahadatul Haq bukannya sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Bukan sekadar mendirikan solat, puasa, zakat dan haji. Bukan sekadar menjadi seorang muslim komited, yang hanya baik sendiri,nafsiy-nafsiy.Tidak sama sekali !



Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardi, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !

Ini bermakna, walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah setiap hari 5 kali di dalam solat, tidak bermakna kita telah melaksanakan syahadatul haq kita.Tidak bermakna kita telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ini kerana kita hanya melafazkan pada lisan semata-mata, tanpa menzahirkan dengan perbuatan!

penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain,
"Man qola Laa Ilaha Illallah fahuwa da'ie"

"Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah', maka dia adalah Da'ie."


Da'ie, yang dimaksudkan dari segi bahasa adalah : orang yang memanggil/menyeru kpd Islam.
Da'ie di sini bukan hanya terbatas dengan menyeru orang lain kepada Islam melalui lisan semata-mata, kerana tidak semua manusia dikurniakan Allah kelebihan untuk bercakap di khalayak ramai.

Saya berikan beberapa contoh da'ie yang berdakwah bukan melalui lisan, seperti Syed Qutb. Bukankah beliau berdakwah melalui penulisan dan buku-bukunya?
Contoh lain, seperti Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Hassan Hudhaibi. Beliau merupakan seorang yang pendiam, tetapi masih berjaya menyampaikan kalimah Islam yang Haq itu melalui apa-apa sahaja cara yang boleh beliau gunakan, asalkan kebenaran Islam itu tersebar.

Lihat pula keberanian Umar Al-Khattab. Saidina Umar digelar Al-Farouq, yang bermaksud 'pemisah antara kebenaran dan kejahilan'. Kerana apa? Kerana beliau berani menyatakan keislamannya kepada penduduk Mekah ketika itu, walaupun Islam sangat ditekan ketika itu.

Abu Dzar Al-Ghifari juga, dibelasah teruk oleh kafir Quraisy ketika beliau dengan lantangnya menngumumkan keislamannya di Kaabah.

Lihat, betapa hebatnya para sahabat ketika itu. Mereka merasai ke'izzahan Islam, oleh itu mereka tidak boleh duduk diam, dan perlu menyampaikan Islam kepada seluruh umat manusia ketika itu.
Bagaimanakah pula dengan kita? Bukankah kita menerima Islam sejak lahir lagi? Adakah kita juga merasai 'izzah dengan Islam seperti yang para sahabat rasakan?

Jika kita ada kelebihan untuk bercakap di khalayak ramai, Alhamdulillah ! Gunakannya itu berdakwah mengajak manusia kepada Islam. Jika tidak, bukankah kita dilahirkan dalam zaman teknologi yang serba canggih? Gunakan wasilah internet, dengan melalui blog, website, Yahoo! Messenger, Friendster dan sebagainya, gunakannya apa sahaja cara yang ada, supaya dapat menyampaikan kalimah Allah yang haq ini.


Allah telah berfirman tentang kewajipan melaksanakan Syahadah Al-Haq :


وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan  demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Surah AlBaqarah (2:143)

Ada di antara kita yang sebenarnya TIDAK MERASAKAN bahawa apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, kita akan disoal semula oleh Allah Taala di akhirat kelak. What have we done to prove the 'syahadah'? Di akhirat kelak, alam akan menjadi saksi bahawa kita telah mengucap dua kalimah syahadah itu di dalam hati dan lisan kita, sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk membuktikan penyaksian kita bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa dan Muhammad pesuruhNya.

Adakah anda kira dengan kita mengucap kalimah syahadah di lisan semata-mata, Islam akan tertegak di muka bumi ini? mustahil sama sekali..Rasulullah sendiri merupakan qudwah hasanah yang terbaik yang melaksanakan syahadatul haq dalam hayatnya. Bukankah baginda melaksanakan dakwah setiap masa?

Jadi adakah kita masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh setelah mengetahui ada tanggungjawab dakwah yang seharusnya kita pikul dan laksanakan sebaik sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah ?
Tanggungjawab dakwah ini tidak akan terlaksana hanya jika kita menunaikan rukun Islam dan sekadar melaksanakan hukum syarak dalam urusan peribadi seperti kahwin, cerai dan pembahagian harta pusaka semata-mata.Tidak semudah itu.

Ini bermakna, walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah setiap hari 5 kali di dalam solat, tidak bermakna kita telah melaksanakan syahadatul haq kita.Tidak bermakna kita telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ini kerana kita hanya melafazkan pada lisan semata-mata, tanpa menzahirkan dengan perbuatan!


Bagaimana jika ada di antara kita yang menolak kewajipan pelaksanaan Syahadah AlHaq ?

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?
Surah AlBaqarah (2:140)


Cuba kita kembali mengkaji sejarah umat terdahulu yang tertulis di dalam Al-Quran.
Sebelum ini, Allah juga telah menganugerahkan takhta Syahadah ini kepada kaum Yahudi, malangnya adakalanya mereka menyembunyikan syahadah i
ni, dan adakalanya mereka mengakui kebenaran syahadah tersebut, mengikut keperluan mereka.

Jika kita kaji semula kisah-kisah Bani Israel terdahulu di dalam AlQuran contohnya, tatkala mereka dibawa oleh Nabi Musa lari ke Sinai, mereka mensyirikkan Allah dengan mencipta lembu Samiri. Dan apabila mereka diperintahkan oleh Nabi Musa untuk masuk ke Palestin, mereka ingkar kerana takutkan kaum yang berada di dalam Palestin ketika itu. Allah hukum mereka dengan menyesatkan mereka selama 40 tahu
n. Kisah Bani Israel yang ingkar ini berlanjutan sehingga ke hari ini.


[Jaulah Sinai 2008. Kesan tinggalan Lembu Samiri]

Lihat, Allah laknat mereka hingga ke hari ini bukan saja kerana mereka menolak untuk memikul tanggungjawab menyampaikan risalah Allah, bahkan mereka ubah kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada mereka.

Mungkin anda akan menarik nafas lega kerana anda merasakan anda tidak sama dengan Bani Israel yang derhaka itu. Ya, anda tidak membunuh nabi-nabi, seperti yang mereka lakukan.Anda juga tidak mengubah kalam Allah dalam kitabnya. Anda tidak seperti mereka yang banyak meminta, tetapi kemudian ingkar kepada suruhan Allah.

Mungkin dari sudut itu, anda memang tak wajar disamakan dengan mereka.

Tetapi adakah anda juga tergolong dalam golongan yang INGKAR untuk MEMIKUL beban dakwah dan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini seperti yang telah Bani Israel lakukan dahulu?Ingkar untuk melaksanakan Syahadah Al-Haq. Saya tidak tahu. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ 

1. Wahai orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !

(Surah Al-Mudassir)
Jadi apa kata anda?

Masih ragu-ragu untuk menyampaikan risalah Islam?

Atau...anda mahu menunggu sehingga laknat Allah menimpa umat Muhammad atas keingkaran melaksanakan Syahadah Al-Haq ini seperti yang diterima oleh Bani Israel? 

IJLIS BINA NU'MIN SA3AH

Nauzubillah....
Memang penyampaian sepanjang daurah ini begitu memberi kesan dan impaknya pada hati ini..Entah mengapa air mata ini berlinangan sepanjang daurah....Ya Allah, apakah yg telah hambaMU ini lakukan selama ini...Bagaimanakah kelak utk berhadapan denganMU...Adakah hambamu ini tergolong dalam golongan yg lalai melaksanakan syahadatul Haq ini..Nauzubillah..Ayohlah ikhwah akhowat, kita bersama terjun dalam medan ini..laksanakn tanggungjawab kita...jika kita dipersoalkan kelak, biarlah kita dapat bersaksi bahawa kita telah laksanakan tanggungjawab itu...dan di belakang kita terdapat saksi saksi yg membenarkan penyaksian kita...

terkenang seloroh kak aida, setiap kali mendengar penyampaian ini, kebanyakan akan demam dek kerana terasa begitu berat tanggungjawab mereka...hehe...Ya memang berat..begitu juga dengan diri ini..jatuh demam..( dahlah masa itu, exam final dah nk bakal menjelang)..alhamdulillah ala kulli hal...walaupun berat, akak kugenggam perjuangan ini, akan ku terus mekar mewangi meneruskan perjuangan ini....tegar menempuh badai ..Ya Allah, kuatkanlah hati hati kami...satukanlah hati hati kami...

allahumma ya muqallibal qulub.. tsabit qulubana a'la dinik wa a'la taa'tik

(Doa rabithah , izis)
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela 


Berbahagialah Abu Ayyub Al Anshari  

Posted by: wardatul-mawaddah



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 marilah kita menghayati kisah insan hebat yg bernama:

Abu Ayyub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib berasal (berketurunan) daripada Bani An-Najjar.

Beliau mendapat penghormatan Rasulullah s.a.w apabila baginda mendiami rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah, berhijrah dari Mekah.

Ketika Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan kaum Ansar bercita-cita (berkeinginan) supaya Rasulullah s.a.w turun daripada unta baginda dan berhenti di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka, kemudian Nabi bersabda kepada mereka: “Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.” Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa amat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu bernilai, kemudian terus masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub r.a terdiri daripada dua tingkat. Nabi s.aw memilih tingkat bawah supaya baginda boleh berjumpa para sahabat di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah. Tetapi keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur di tingkat, malah beliau tidak dapat tidur sedikit pun pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi. Lalu beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengadu kepada baginda mengenai keadaan tersebut, kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.

Pada masa itu juga muka baginda kelihatan ceria, lantas baginda berkata: “Janganlah kamu menyusahkan diri kamu, wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.”

Lalu Abu Ayyub mengisahkan peristiwa tersebut: “Aku melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi kami pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah tersebut sedangkan pada masa tersebut kami tidak memiliki apa-apa kecuali sehelai kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut.

Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tumpah kerana bimbang air tersebut menitis ke tingkat bawah tempat Rasulullah s.a.w berada. Pada keesokan paginya aku berjumpa Rasulullah s.a.w, kemudian aku berkata: Demi bapaku, kamu dan ibuku! Aku tidak suka berada di atas kamu sedangkan kamu berada di bawahku. Setelah itu aku ceritakan berita mengenai kendi tersebut. Lalu baginda menerima permintaan aku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.”

Rasulullah s.a.w menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, dilengkapi dengan dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid yang kemudiannya baginda berpindah ke sana.

Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah s.a.w, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

Selain itu, Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau sertai kecuali berlakunya beberapa peperangan dalam satu masa.

Abu Ayyub r.a tidak pernah ketinggalan turut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke zaman Muawiyah.

Pada zaman pemerintahan Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera untuk membuka kota Constantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub merupakan seorang yang telah tua. Umurnya menjangkau 80 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dan menaiki pengangkutan laut.

Dalam pelayaran itu beliau jatuh sakit. Pada masa panglima tentera mengunjungi beliau, panglima bertanya kepadanya: “Wahai Abu Ayyub! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?” Lantas beliau meminta daripada panglima supaya tentera mengusung beliau sekiranya beliau meninggal dunia, kemudian mengkebumikan beliau di bumi musuh – mengkebumikan beliau di pagar sempadan Constantinople. Ternyata beliau meningggal dunia pada masa tersebut.

Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya sampai ke sempadan Constantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub bersama-sama mereka dan di sana mereka menggali sebuah kubur untuk Abu Ayyub, kemudian mengkebumikan beliau di pagar sempadan kota tersebut
(Ummatan wasatan.net) 

bagaimanakah semangat kita pada hari ini? jika diseru utk berperang atau berjuang , adakah kita akn turut serta? adakah kita akn memberikan seribu alasan..??jika kita tercedera , adakah kita akn terus bangkit meneruskan perjuangan... ??bangkitlah wahai saudara / saudariku ..sedarlah dari lamunan panjang...bgi yg tgh bercuti, jangan disia siakan masa cuti antunna..gunakanlah masa ini utk mempertajamkan minda anda.bukan sekadar berehat semata mata.....bnykkn pembacaan...kembalikan semangat..bangkitlah!!man antunna?? bersegeralah menjawab..NAHNU ANSARULLAH

Menelusuri kisah kepahlawanan wanita  

Posted by: wardatul-mawaddah

 Assalamualaikum w.b.t, 
Di kesempatan ini, dalam sisa2 cuti sem yg berbaki ini, Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan pada diri ana utk terus berjuang di medan blog ini. Blog ini ana namakan Diari Mujahidah Cinta, sempena dengan buku yg baru ana beli mujahid cinta. Buku yg kecil ini menggambarkan bagaimana peranan seorang daei dalam dunia yg serba moden ini, yg terlalu bnyk kepincangan malah onak dan duri sering bertaburan dalam medan perjuangan. 

Ana mulakan perkongsian di blog ini, dengan kisah2 srikandi Islam yg begitu menggetarkan jiwa kita sebagai muslimah. Entah kenapa, diri ini asyik dibuai dengan persoalan mampukah ana menjadi seperti mereka?? setiap kali ditimpa ujian adakah ana mampu berdiri seteguh mereka?


Perkongsian seterusnya (Dipetik dari langit ilahi.com)

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”

Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.( hilal Asyraf)

Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat mengambii ibrah dan kekuatan dan sumber inspirasi dari perjuangan mereka. Wahai mujahidah cinta, teguhkan dirimu..kuatkan langkahmu...perkasakan imanmu..dalam mengharungi onak dan duri..Enyahkan rasa gentar dan bermalas malasan...berjuang dan terus berjuang menjadi pahlawan bagi keluarga, negara dan AGAMA..

Nota cintaku

" Biar waktu yang akan membuktikan …….
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan …….
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "
" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

(Rhobiyatul Al-Adawiyah)

takkan sesekali gentar

wasiat Luqman Al Hakim kepada puteranya

1. Tidak menyekutukan Allah.
Sebesar-besar kedzaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)
Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertobat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhaq di mintai pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya
2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.
Firman Allah SWT.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)
Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Shalat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)
3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah;
Kerana tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih lagi menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).
4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT
Firman Allah SWT
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)
Di sini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT iaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, iaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.
5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.
Firman Allah swt :
(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)
"Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).
6. Menegakkan sholat.
Shalat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa shalat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
"Hai anakku, dirikanlah shalat …"
Shalat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.
…"Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)
7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.
Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).
8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.
Sesungguhnya segala cobaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi kerana itulah bentuk ujian (ikhtibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.
"Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)
9. Tidak Menyombongkan diri
Sifat takabur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik
Islam tidak menghendaki sikap Ghuluw (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap tahawun (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:
"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, kerana tujuan diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.