I made this widget at MyFlashFetish.com.

islamic quotes for today

La Tansa Zikr



Berbahagialah Abu Ayyub Al Anshari  

Posted by: wardatul-mawaddah



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 marilah kita menghayati kisah insan hebat yg bernama:

Abu Ayyub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib berasal (berketurunan) daripada Bani An-Najjar.

Beliau mendapat penghormatan Rasulullah s.a.w apabila baginda mendiami rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah, berhijrah dari Mekah.

Ketika Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan kaum Ansar bercita-cita (berkeinginan) supaya Rasulullah s.a.w turun daripada unta baginda dan berhenti di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka, kemudian Nabi bersabda kepada mereka: “Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.” Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa amat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu bernilai, kemudian terus masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub r.a terdiri daripada dua tingkat. Nabi s.aw memilih tingkat bawah supaya baginda boleh berjumpa para sahabat di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah. Tetapi keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur di tingkat, malah beliau tidak dapat tidur sedikit pun pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi. Lalu beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengadu kepada baginda mengenai keadaan tersebut, kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.

Pada masa itu juga muka baginda kelihatan ceria, lantas baginda berkata: “Janganlah kamu menyusahkan diri kamu, wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.”

Lalu Abu Ayyub mengisahkan peristiwa tersebut: “Aku melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi kami pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah tersebut sedangkan pada masa tersebut kami tidak memiliki apa-apa kecuali sehelai kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut.

Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tumpah kerana bimbang air tersebut menitis ke tingkat bawah tempat Rasulullah s.a.w berada. Pada keesokan paginya aku berjumpa Rasulullah s.a.w, kemudian aku berkata: Demi bapaku, kamu dan ibuku! Aku tidak suka berada di atas kamu sedangkan kamu berada di bawahku. Setelah itu aku ceritakan berita mengenai kendi tersebut. Lalu baginda menerima permintaan aku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.”

Rasulullah s.a.w menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, dilengkapi dengan dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid yang kemudiannya baginda berpindah ke sana.

Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah s.a.w, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

Selain itu, Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau sertai kecuali berlakunya beberapa peperangan dalam satu masa.

Abu Ayyub r.a tidak pernah ketinggalan turut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke zaman Muawiyah.

Pada zaman pemerintahan Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera untuk membuka kota Constantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub merupakan seorang yang telah tua. Umurnya menjangkau 80 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dan menaiki pengangkutan laut.

Dalam pelayaran itu beliau jatuh sakit. Pada masa panglima tentera mengunjungi beliau, panglima bertanya kepadanya: “Wahai Abu Ayyub! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?” Lantas beliau meminta daripada panglima supaya tentera mengusung beliau sekiranya beliau meninggal dunia, kemudian mengkebumikan beliau di bumi musuh – mengkebumikan beliau di pagar sempadan Constantinople. Ternyata beliau meningggal dunia pada masa tersebut.

Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya sampai ke sempadan Constantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub bersama-sama mereka dan di sana mereka menggali sebuah kubur untuk Abu Ayyub, kemudian mengkebumikan beliau di pagar sempadan kota tersebut
(Ummatan wasatan.net) 

bagaimanakah semangat kita pada hari ini? jika diseru utk berperang atau berjuang , adakah kita akn turut serta? adakah kita akn memberikan seribu alasan..??jika kita tercedera , adakah kita akn terus bangkit meneruskan perjuangan... ??bangkitlah wahai saudara / saudariku ..sedarlah dari lamunan panjang...bgi yg tgh bercuti, jangan disia siakan masa cuti antunna..gunakanlah masa ini utk mempertajamkan minda anda.bukan sekadar berehat semata mata.....bnykkn pembacaan...kembalikan semangat..bangkitlah!!man antunna?? bersegeralah menjawab..NAHNU ANSARULLAH

This entry was posted on 5:04 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

Nota cintaku

" Biar waktu yang akan membuktikan …….
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan …….
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "
" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

(Rhobiyatul Al-Adawiyah)

takkan sesekali gentar

wasiat Luqman Al Hakim kepada puteranya

1. Tidak menyekutukan Allah.
Sebesar-besar kedzaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)
Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertobat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhaq di mintai pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya
2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.
Firman Allah SWT.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)
Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Shalat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)
3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah;
Kerana tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih lagi menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).
4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT
Firman Allah SWT
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)
Di sini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT iaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, iaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.
5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.
Firman Allah swt :
(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)
"Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).
6. Menegakkan sholat.
Shalat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa shalat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
"Hai anakku, dirikanlah shalat …"
Shalat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.
…"Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)
7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.
Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).
8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.
Sesungguhnya segala cobaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi kerana itulah bentuk ujian (ikhtibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.
"Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)
9. Tidak Menyombongkan diri
Sifat takabur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik
Islam tidak menghendaki sikap Ghuluw (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap tahawun (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:
"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, kerana tujuan diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.